Shopee’s Largest-Ever 11.11 Big Sale! – Launch 24/10/2019



Shopee’s Largest-Ever 11.11 Big Sale – Launch @W Kuala Lumpur 3PM [24/10/2019]

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2019 – ​Acara 11.11 Big Sale anjuran platform e-dagang no.1 Malaysia, Shopee, kini kembali lagi dengan pelbagai diskaun dan keistimewaan eksklusif menarik untuk pembeli tegar dalam talian. Kempen beli-belah ini bakal menjadi acara terbesar platform tersebut dengan pelbagai tawaran, termasuk penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1 – semuanya dari 24 Oktober hingga 11 November 2019.

Memandangkan pesta beli-belah tahunan mega ini dijangka mencatatkan lonjakan besar dalam trafik ke platformnya, Shopee mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat Malaysia agar menyokong perjuangan menentang kanser menerusi kempen kebajikan pertamanya, iaitu #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge. Kempen ini bertujuan meraih dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA). Hasil kutipan akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan dan juga penyelidikan dan perkhidmatan sokongan oleh MAKNA dalam usaha berterusan untuk mencari penawar. Rakyat Malaysia boleh menyumbang menerusi kedai rasmi ShopeeMAKNA di Shopee di mana mereka boleh memilih jumlah yang ingin diderma, bermula dari RM5. Mereka yang menderma layak mendapatkan resit pelepasan cukai daripada MAKNA.

Dengan usaha ini, kami berharap rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati tawaran dan diskaun yang kami sediakan pada 11.11 Big Sale, tetapi turut bersama-sama kami membantu golongan yang memerlukan.”
Dapatkan maklumat lanjut tentang Shopee 11.11 Big Sale di

Untuk menyumbang kepada MAKNA, layari

@shopee_my @maknacancer @yasminhani @asad.motawh @fizafrizzy @kfcmalaysia @wkualalumpur #ShopeeMAKNA #ShopeeMalaysia #MAKNA #KFCMalaysia #ShopeeCharity #WHotelKL

@realmemalaysia ☆☆☆☆☆
Captured A/V And Photo With #Realme3Pro 6GB RAM | 128GB #MyRealme3Pro #RealmeMalaysia

source: https://dinhk.net/

Xem thêm các bài viết về Giải Trí: https://dinhk.net/category/giai-tri/

Category
Tags
No Tag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *